kepentingan Moral
Kesibukan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada pertimbangan materialistik ada kalanya manusia terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup di sekeliling kita. Manusia kini menjadi begitu rakus sehingga membuat sesuatu pertimbangan melebihi nafsu daripada akal fikiran yang telah dianugerah oleh tuhan untuk menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk sebelum membuat keputusan. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri seterusnya melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup dalam keluarga,agama ,masyarakat dan Negara.
Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau mana yang salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk. (Tam Yeow Kwai, 1996) Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu,keluarga,masyrakat dan bangsa.
Secara individu seseorang yang bermoral akan merasakan kehidupan aman dan sejahtera. Bagi menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, dan kestabilan. Sehubungan dengan itu, manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta bendanya, ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas. Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup. Individu yang bermoral akan disenangi oleh masyarakat, apabila melakukan sesuatu aktiviti masyarakat akan memilih orang yang mempunyai sifat moral yang tinggi kerana mereka lebih dipercayai dalam melakukan sesuatu perkara dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat tidak akan memilih individu yang tidak bermoral dalam melakukan sesuatu perkara kerana mereka tidak mempercayai.
Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikamati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri . Sebaliknya satu-satu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seseorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. (Eow Boon Hin , 2003).
Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala masalah yang timbu daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil dalam setiap ahli keluarga dapat mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibu bapa tidak akan berlaku. Oleh itu, keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluan dapat dipenuhi seperti pengeluaran dan pengagihan barang.
Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman , bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia terkenal di seluruh dunia yang mana budi bahasanya rakyatnya adalah diantara satu simbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.
Terima Kasih :)
BalasPadamTerms kau
PadamAPA ni
BalasPadamBang gip alok
BalasPadamBang gil corona
BalasPadam